Pages

Dato' KSU Singgah di Booth MOA

Wednesday, 30 March 2011 0 comments

LABIS, 22 Feb :- YBhg Dato' Mohd Hashim Abdullah (tengah) singgah di booth MOA sempena Program MOA bersama Rakyat di FELDA Tenang, Labis, Johor. Beliau amat menyokong usaha Unit Komunikasi Korporat MOA dalam mempromosikan Kempen Rakan Agro ke seluruh negara.

Menteri Pertahanan Lawat Booth MOA

0 comments



LABIS, 22 Feb :- Lawatan YB Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan ke booth MOA di FELDA Tenang, Labis, Johor. Encik Mat Daud Harun memberi penerangan mengenai Kempen Rakan Agro kepada YB Menteri Pertahanan.

Lawatan YB Menteri ke Kompleks LKIM Kuala Pahang

0 comments


PEKAN, 24 Feb :- Mengiringi Lawatan YB Datuk Seri Noh bin Hj Omar ke Kompleks LKIM Kuala Pahang, Pekan, Pahang.

Majlis Sidang Akhbar MOA

Tuesday, 29 March 2011 0 comments


Bersama YB Menteri dan Y.Bhg. KSU ke bilik Sidang Akhbar

Kuala Lumpur 28 Mac - Mesyuarat Exco-exco Pertanian bersama YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebelum itu, majlis sidang akhbar diadakan bersama media yang dihadiri 22 orang wartawan.

Liverpool ke Malaysia Hooray!!!!

Wednesday, 23 March 2011 0 comments

Liverpool, Chelsea uji kemampuan Harimau Malaya, Julai

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan kelab terkemuka Liga Perdana England (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Selain Liverpool dan Chelsea, sebuah lagi kelab dari EPL turut memilih Malaysia sebagai gelanggang untuk perlawanan pra-musim itu, namun identiti pasukan ketiga itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia difahamkan ialah pasukan Arsenal.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan pada masa akan datang.
"Setakat ini, Liverpool dan Chelsea telah mengesahkan kehadiran masing-masing dan pasukan ketiga akan diumumkan dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.
Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.
Sementara itu, pasukan The Blues pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008.
FAM masih lagi meneruskan usaha mengatur perlawanan persahabatan berkelas A biarpun sebelum ini berkesudahan dengan Harimau Malaya hanya akan menentang pasukan berstatus kelab iaitu FC Etoile dari Liga Singapura.
Azzudin berkata, ia bertujuan mengisi kekosongan jadual pada April dan Mei dan FAM sedang berusaha menghubungi pasukan-pasukan kebangsaan sekitar Asia bagi memohon mengadakan perlawanan dengan mereka.
"Setiap bulan para pemain skuad Harimau Malaya akan dihimpunkan untuk menjalani latihan berpusat dan kami mengharapkan sekurang-kurangnya mereka bermain satu perlawanan persahabatan.
"Untuk bulan Mac ini, FAM sudah mencuba lapan persatuan namun atas komitmen masing-masing, permohonan kita ditolak... tetapi kami tetap teruskan usaha mendapatkan perlawanan berkualiti untuk Harimau Malaya," katanya.
Tambah Azzudin, skuad kendalian K. Rajagobal akan bertandang ke Hong Kong pada 3 Jun depan untuk satu lagi perlawanan persahabatan dengan negara Asia Timur itu.
Ia merupakan perlawanan kedua di antara kedua-dua pasukan selepas Malaysia membenam Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam pada aksi persahabatan 9 Februari lalu.
"FAM sudah membuat perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) bahawa kita akan ke Hong Kong untuk perlawanan timbal balik, jadi untuk Jun, kita tidak perlu risau, malah Harimau Malaya juga akan beraksi dalam pusingan kedua kelayakkan Olimpik," jelasnya.
Malaysia akan mengetahui siapakah lawannya pada undian akan dijalankan pada 30 Mac ini.

Petikan dari Utusan Online.

Kejora dan Bintang Ep 72 (Akhir)

Monday, 21 March 2011 0 comments



Best gitu...yang jahat dibalas jahat. yang baik dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan.

Semoga Kebahagiaan Milikmu...

Saturday, 19 March 2011 0 comments


Tahniah adikku Nurhafizah binti Ahmad Fauzi, hari ini orang datang merisik dari Miri, Sarawak. Semoga kebahagiaan milikmu,amin.

Selamat Hari Lahir Anakku Setahun Sudah Umurnya...

0 comments

Selamat Hari Lahir Anakku Naufal Haziqrie...Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Engkau jadikanlah anakku seorang anak yang soleh dan taat kepada ibubapa. Engkau terangkan hatinya, tajamkan fikiran, mudahkan segala proses pembelajarannya dalam mengenal erti kehidupan ini. Ya Allah, Engkau lindungilah anakku dari anasir-anasir ilmu yang tidak berfaedah dan membawa kepada kejahatan. Ya Allah, aku mohon berikan kesihatan yang baik berpanjangan kepada anakku dan berikan payung rahmatMu kepada anakku agar selamat di dunia dan akhirat,amin.

Selamat Hari Lahir Anakku yang ke-3 Tahun....

0 comments

Selamat Hari Lahir Anakku Naufal Haqimie...Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Engkau jadikanlah anakku seorang anak yang soleh dan taat kepada ibubapa. Engkau terangkan hatinya, tajamkan fikiran, mudahkan segala proses pembelajarannya dalam mengenal erti kehidupan ini. Ya Allah, Engkau lindungilah anakku dari anasir-anasir ilmu yang tidak berfaedah dan membawa kepada kejahatan. Ya Allah, aku mohon berikan kesihatan yang baik berpanjangan kepada anakku dan berikan payung rahmatMu kepada anakku agar selamat di dunia dan akhirat,amin.

Saat Berpisah

0 comments


Saat Berpisah


alt
Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal al-Quran dan al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian. Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... syurga!
- Petikan dari Artikel iluvislam.com

Selamat Hari Lahir Isteriku Tercinta

Tuesday, 15 March 2011 0 comments


Selamat Hari Lahir Sayang... Abang doakan agar sayang sentiasa dalam perlindungan payung rahmat Allah SWT,amin. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik berpanjangan, amin. Ketahuilah abang amat menyayangi sayang dulu, kini dan selamanya.

Di Mana Dia Di Hatimu?

0 comments


Di Mana Dia Di Hatimu?

alt
Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.
Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"
Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."
Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.
Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."
"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.
Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.
Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?
Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.
Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."
Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih...

Petikan dari Artikel iluvislam.com

Tips Panjang Umur

Thursday, 10 March 2011 0 comments


Tips Panjang Umur


alt
Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.
Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.
Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.
Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.
Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.
Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.
Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.
Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.
Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.
Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"
Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".
 Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.
Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.
Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.
Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.
Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.
Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.
 Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.
Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.
Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.
Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam. 

 
SHAH © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting