Pages

Rukun Negara

Saturday, 5 March 2011


Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut: Malaysia’s national ideology, the Rukunegara was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. The Rukunegara was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. The pledge of the Rukunegara is as follows:
  • Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Our Nation, Malaysia is dedicated to:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Achieving a greater unity for all her people;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik; Maintaining a democratic way of life;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; Creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably distributed;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural tradition,
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: We, the people of Malaysia, pledge our united efforts to attain these ends, guided by these principles:
  1. Kepercayaan kepada Tuhan. Belief in God.
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Loyalty to King and Country.
  3. Keluhuran Perlembagaan. Supremacy of the Constitution.
  4. Kedaulatan Undang-Undang. The Rule of Law.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan. Mutual respect and good social behaviour.

0 comments:

Post a Comment

 
SHAH © 2011 | Designed by Bingo Cash, in collaboration with Modern Warfare 3, VPS Hosting and Compare Web Hosting